Monday, October 9, 2017

Hukum Ma’mum Membaca Al-Fatihah Ketika Imam Masih Membaca Surah

loading...


Pertanyaan:

Assalamualaikum Ustadz, apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?

Contoh situasi: ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al-Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).

Jawaban:

Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.

Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).

Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf 204)

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam:
(إذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم

“Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih:
إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان

“Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.” (al-Darqutni)

اليسع

Wallahu a’lam

Semoga bermanfaat, amin

Sumber: didakwah.blogspot.co.id

loading...
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Hukum Ma’mum Membaca Al-Fatihah Ketika Imam Masih Membaca Surah

0 comments:

Post a Comment

loading...